Selasa, 8 Jun 2010

Amalan-amalan sunat mengikut Takwim Islam

Amalan-amalan sunat mengikut Takwim Islam
a) Solat Fardhu berjemaah di masjid, surau atau di rumah
b) Mendirikan solat sunat rawatib
c) Mendirikan solat-solat sunat yang tertentu khususnya Tahajud, Witir, Isyrak, Duha, dan lain-lain
d) Membaca zikir mathurat selepas solat subuh
e) Membaca al-Quran
f) Menghadiri Majlis ilmu seperti ceramah, kelas agama dll.
g) Puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis atau pada 13hb, 14hb dan 15hb mngikit takwim islam ( dipanggil hari-hari bulan cerah) pada 28hb, 29hb dan 30hb ( dipanggil hari-hari bulan gelap)
h) Membaca segala wirid / doa harian
i) Bersedekah
j) Mengerjakan umrah jika mampu khususnya pada bulan ramadhan
k) Memelihara mulut, mata, telinga dan anggot-anggota lain daripada perbuatan keji dan maksiat
l) Mengingati matidan menziarahi saudar/sahabat yang sakit atau yang meninggal dunia, solat jenazah dan menghantar ke kubur
m) Menziarahi sahabat handai lterutama orang-orang alim, para ulama dan tuan-tuan guru
n) Amar maaruf dan nahi mungkar
Amalan mengikut bulan hijrah
1. Muharram
- 1-9hb sunat puasa
- 10hb sunat puasa hari asyura dan :
i. Menyapu kepala anak yatim
ii. Bersedekah kepada fakir miskin
iii. Bercelak mata pada waktu malam
iv. Menambah perbelanjaan keluarga
2. Safar
Tiada amalan khusus melainkan amalan sepanjang masa ( a – n )
3. Rabiul Awal
Tiada amalan khusus melainkan amalan sepanjang masa ( a – n )
4. Rabiul Akhir
Tiada amalan khusus melainkan amalan sepanjang masa ( a – n )
5. Jamadil Awal
Tiada amalan khusus melainkan amalan sepanjang masa ( a – n )
6. Jamadil Akhir
Tiada amalan khusus melainkan amalan sepanjang masa ( a – n )
7. Rejab
Rejab dikenali sebagai bulan Allah
i. Puasa 1 hari – Mendapat keredhaan yang besar daripada Allah
ii. Puasa 2 hari – Mendapat kemuliaan daripada Allah
iii. Puasa 3 hari – Diselamatkan oleh Allah daripada bahaya dunia, seksa akhirat, penyakit gila dan
fitnah syaitan serta dajal
iv. Puasa 7 hari – Ditutup 7 pintu neraka
v. Puasa 8 hari – Dibuka 8 pintu syurga
vi. Puasa 10 hari- Allah akan memakbulkan permintaannya
vii. Puasa 15 hari- Allah akan menghapuskan dosa yang telah lalu dan menggantikan semua
kejahatan dengan kebaikan
viii. Tambahan puasa-menambah pahalanya
ix. Membaca surah al-Ikhlas 11 kali sehari atau lebih
x. Membaca al-Quran
xi. Membanyakkan doa, Istigfar dan lain-lain.
8. Syaaban
- 15hb- Nisfu Syaaban
- Hidupkan malam dengan membaca surah Yassin sebanyak 3 kali dan berdoa supaya
i. Panjang umur serta dapat beribadat
ii. Murah rezeki
iii. Tetapkan iman
- Digalakkan berpuasa kecuali pada hari syak iaitu 30hb syaaban
9. Ramadhan
Dikenali juga sebagai bulan puasa, bulan al-Quran , bulan sedekah, bulan solat malam atau bulan kesabaran
i. Doa pada awal malam ramadhan
ii. Solat sunat tarawih dan witir pada waktu malam
iii. Membanyakkan membaca al-Quran
iv. Membanyakkan ibadah
v. Pada waktu malam khususnya pada sepuluh malam terakhir
vi. Membanyakkan sedekah
vii. Mengerjakan umrah (jika mampu) oleh kerana pahala satu umrah bulan ini menyamai pahala satu haji bersama Rasullullah SAW
10. Syawal
i. Membayar zakat fitrah sebelum Solat Sunat Aidilfitri
ii. Solat Sunat AidilFitri/ Hari Raya
iii. Puasa 6 hari dalam Syawal setelah sempurna puasa Ramadhan mendapat pahala puasa setahun
iv. Membaca takbir dari terbenam matahari 30 Ramadhan hingga Solat Sunat Aidilfitri
v. Hidupkan Malam 1 syawal dengan banyak beribadat
11. Zulkaedah
Tiada amalan khusus melainkan amalan sepanjang masa ( a – n )
12. Zulhijjah
i. 1-8hb – Sunat berpuasa
ii. 8hb - Hidupkan Malamnya dengan banyak beribadat
iii. 9hb ( Hari Wuquf)
• Hidupkan Malamnya dengan banyak beribadat di Arafah
• Disunatkan berpuasa bagi orang yangtidak mengerjakan haji
• Membaca surah al-Ikhlas sebanyak 1000 kali
iv. 10hb ( Hari Raya Haji )
• Solat Sunat Aidiladha
• Membaca Takbir
• Melakukan ibadah korban / sedekah
v. 11hb-13hb (Hari Tasyrik)
• Hidupkan Malamnya dengan banyak beribadat
• Takbir selepas setiap solat fardhu
vi. 30hb
• Membaca doa Akhir tahun
• Membaca doa Awal tahun

( Sumber : Indahnya Hidup Bersyariat , Al-Ustaz Dato' Hj Ismail Bin Kamus, Mohd Azrul Azlen bin Abd Hamid)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan